Tuesday, March 5, 2013

Dah Lama Tak Update

Dah lama rasanya tidak update blog ini. Agaknya dah dekat setahun lebih kot. Apa-apa pun selepas ini saya akan cuba update beberapa kerap yang mungkin. Stay tuned. Alpha, teleport me back to the command center!!

Aye-yai-yai-yai-yai

Thursday, January 20, 2011

Promo Terbaru PR Samurai

Ini merupakan video promo terbaru Power Ranger Samurai. Apa yang dapat katakan di sini..ianya memang GEMPAK!!! Tak sabar rasanya nak tunggu 7 Februari ni.


Monday, January 17, 2011

Video Promosi setiap Rangers dalam PRS

Power Rangers Samurai (PRS) akan disiarkan di USA pada 7 Februari ini. Sebelum ia mula ditayangkan, terdapat beberapa video pendek bertujuan untuk mempromosikan PRS dan juga memperkenalkan barisan rangersnya. Dahulu saya pernah meletakkan satu video promosi bagi PRS di blog ini, kali ini pula saya ingin berkongsi video promosi yang memperkenalkan setiap rangers dalam PRS (video ini diperoleh daripada YouTube).

Red Ranger

Blue Ranger

Pink Ranger

Yellow Ranger

Greeen Ranger

Tuesday, January 11, 2011

Romantik

Dalam siri Mighty Morphin Power Rangers (MMPR), terdapat adegan romantik antara Tommy dan Kimberly sewaktu mereka berdua benar-benar dilamun cinta. Namun begitu, adegan romantik ini makin lama makin kurang ditonjolkan dalam siri-siri berikutnya, mungkin kerana ia tidak bersesuaian dengan peringkat umur penonton Power Rangers (PR). Oleh sebab itu, jarang kita dapat lihat adegan yang benar-benar romantik dalam siri-siri seterusnya walaupun terdapat unsur-unsur percintaan yang diwujudkan dalam siri-siri tersebut.

Tommy dan Kimberly

Namun begitu, dalam siri Power Rangers RPM (RPM), adegan romantik ini hampir diwujudkan semula, namun masih tidak mampu menandingi adegan Tommy dan Kimberly dalam MMPR. Walaubagaimanapun ini sudah cukup untuk menarik perhatian peminat. Dalam RPM, kita dapat melihat kisah cinta yang terjalin antara Dillon dan Summer. Bagi saya, kisah mereka ini amat menarik dan mereka nampak sepadan. Oleh sebab itu, saya telah menghasilkan gambar di bawah dengan menggunakan action figures PR saya. Romantik kan? hehehe...

Dillon dan Summer
.

Wednesday, January 5, 2011

Perkahwinan Alien Jahat dan Power Ranger

Kejadian ini benar-benar terjadi di dunia sebenar. Walaupun berita ni dah lama, tetapi saya mahu berkongsi bagi pembaca yang masih tidak mengetahui tentang hal ini. Jika anda semua pernah menonton Power Rangers Lost Galaxy (PRLG), anda mesti ingat alien wanita jahat yang bernama Trakeena. Bagi saya Trakeena amat sukar dilupakan kerana kostumnya yang menyeramkan dan juga kekejamannya.

Setelah penat berlawan dengan Power Rangers (PR), akhirnya beliau telah jatuh hati pula pada salah seorang daripada mereka..hehe. Jejaka bertuah yang dimaksudkan itu ialah Damon ataupun PRLG hijau. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

.

Friday, December 31, 2010

Helmet Power Rangers

Setiap siri Power Rangers (PR) yang kita tonton, kita akan dihidangkan dengan kostum dan tema yang berbeza-beza, kecuali bagi siri Mighty Morphin Power Rangers (MMPR) dimana kostum yang sama telah digunakan selama 3 musim berturut-turut. Kelainan tema yang disajikan bagi setiap musim ini telah menyebabkan penonton tidak bosan untuk menonton PR dan ini telah menjadikannya sebagai salah satu rancangan hiburan yang paling lama bertahan dalam industri, walaupun perjalanan siri PR ini bagi terus bernafas agak berliku-liku.

Perkara yang ingin saya kongsikan di sini ialah berkaitan dengan helmet PR bagi setiap siri. Helmet mereka ini mempunyai rekabentuk yang berlainan bergantung kepada tema pada musim itu dan ini menjadi salah satu faktor yang dapat menarik perhatian penonton. Dalam banyak-banyak siri PR, saya agak meminati beberapa rekabentuk helmet antaranya helmet MMPR, PR Ninja Storm, PR SPD dan PR RPM (walaupun ramai orang mengatakan bahawa helmet RPM tidak cantik).

Helmet MMPR

Helmet PR Ninja Storm

Helmet PR SPD

Helmet PR RPM

Selain itu pula, saya merasakan helmet PR Time Force pula merupakan helmet yang paling unik di mana visor pada helmet mereka tidak berwarna hitam seperti dalam siri-siri yang lain. Warna visor bagi setiap rangers adalah sama dengan warna rangers tersebut.

Helmet PR Time Force - visor berwarna-warni

Visor helmet yang paling saya tidak minati ialah visor PR LightSpeed Rescue (PRLSR). Ini kerana bentuknya amat pelik dan tidak menarik. Visor mereka amat besar, hampir menyamai ketinggian dan kelebaran helmet tersebut dan berbentuk seperti perisai.

Helmet PR Lightspeed Rescue - bentuk visor yang pelik

Oleh kerana tidak meminati bentuk visor mereka, saya tidak berminat menonton siri ini semasa kecil kerana beranggapan ianya tidak bergaya dan jalan cerita siri ini pasti membosankan. Namun saya akui saya silap. Ini kerana setelah saya meningkat dewasa, saya telah memujuk diri saya sendiri untuk menonton PRLSR dan ternyata ia bukanlah siri yang terlalu membosankan. Bagi saya, PRLSR merupakan antara siri PR yang mempunyai episod terakhir yang hebat. Memang betul apa yang dikatakan sebagai..."Don't judge a book by its cover".
.

Thursday, December 30, 2010

Samurai Ranger yang Pertama

Sedang saya asyik membincangkan tentang Power Rangers Samurai(PRS) , ingin saya mengingatkan kembali bahawa tema samurai ini bukanlah kali pertama digunakan dalam siri Power Rangers(PR), malah ia pernah digunakan sebelum ini. Jika anda pernah menonton PR Ninja Storm, pasti anda kenal dengan watak Cam. Cam merupakan ranger samurai pertama dalam sejarah PR. Walaupun siri Ninja Storm bertumpukan kepada tema ninja, namun hanya ranger hijau iaitu Cam sahaja yang bertemakan samurai.

Saya secara peribadi amat meminati Green Samurai Ranger(GSR) kerana ianya amat unik. Antara keunikan yang dimilikinya ialah:

- GSR meningkatkan kuasanya dengan menanggalkan perisai di dada dan bahunya. Berbeza dengan para rangers yang mempunyai perisai sebelum ini yang mana mereka memakai perisai bagi meningkat kuasa mereka.

- GSR merupakan ranger pertama yang mempunyai 2 visor pada helmetnya dimana ia boleh dipusingkan semasa bertukar menjadi mod super samurai.

Berikut merupakan gambar-gambar GSR:

Jason Chan sebagai Cam


Green Samurai Ranger - Bentuk biasa


Green Samurai Ranger - Bentuk super samurai
.