Thursday, December 30, 2010

Terima Kasih Saban!!

Sebelum ini, kedengaran bahawa siri Power Rangers(PR) akan ditamatkan setelah bertahan selama beberapa tahun dalam industri hiburan. Ianya akan diakhiri dengan siri Power Rangers RPM. Bila mendapat tahu tentang perkara ini, saya agak kecewa kerana memikirkan bahawa selepas ini tiada lagi perkara yang ditunggu-tunggu oleh saya setiap minggu.

Namun begitu, selepas beberapa bulan tamatnya PR RPM, terdengar khabar angin bahawa Saban (syarikat yang mula mengadaptasi Super Sentai(SS) kepada Power Rangers) telah mendapat hak milik kepada siri ini semula yang sebelum ini telah dimiliki oleh Disney. Dan setelah diselidik didapati bahawa khabar angin ini adalah benar!! Ini bermakna siri PR akan diteruskan semula, walaupun telah agak ketinggalan beberapa bulan berbanding siri SS yang bakal diadaptasikan. Ini merupakan khabar yang paling menggembirakan buat semua peminat PR (termasuklah saya).

Siri SS yang akan diadaptasikan pada kali ini adalah Samurai Sentai Shinkenger. Siri SS ini berimejkan samurai yang penuh dengan adat dan sifat kesetiaan. Nama rasmi yang akan digunakan bagi adaptasinya pula ialah Power Rangers Samurai (PRS). Berkemungkinan jalan cerita bagi PRS lebih kurang sama dengan Shinkenger namun terdapat beberapa kelainan yang bakal kita saksikan apabila ia mula disiarkan pada awal Februari tahun hadapan di USA.

Berikut merupakan beberapa maklumat mengenai PRS:

Logo Saban : Siapa yang pernah menonton siri PR yang pada era 90an mesti biasa dengan logo ini.


PRS dan logo rasmi mereka


Barisan pelakon PRS


Bagi peminat PR yang teruja dengan siri ini, bolehlah menonton sedikit sedutan adegan-adegan dalam siri ini, seperti dibawah:



Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada Saban kerana telah menghidupkan semula PR dan meneruskan legasinya!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.