Thursday, January 20, 2011

Promo Terbaru PR Samurai

Ini merupakan video promo terbaru Power Ranger Samurai. Apa yang dapat katakan di sini..ianya memang GEMPAK!!! Tak sabar rasanya nak tunggu 7 Februari ni.


Monday, January 17, 2011

Video Promosi setiap Rangers dalam PRS

Power Rangers Samurai (PRS) akan disiarkan di USA pada 7 Februari ini. Sebelum ia mula ditayangkan, terdapat beberapa video pendek bertujuan untuk mempromosikan PRS dan juga memperkenalkan barisan rangersnya. Dahulu saya pernah meletakkan satu video promosi bagi PRS di blog ini, kali ini pula saya ingin berkongsi video promosi yang memperkenalkan setiap rangers dalam PRS (video ini diperoleh daripada YouTube).

Red Ranger

Blue Ranger

Pink Ranger

Yellow Ranger

Greeen Ranger

Tuesday, January 11, 2011

Romantik

Dalam siri Mighty Morphin Power Rangers (MMPR), terdapat adegan romantik antara Tommy dan Kimberly sewaktu mereka berdua benar-benar dilamun cinta. Namun begitu, adegan romantik ini makin lama makin kurang ditonjolkan dalam siri-siri berikutnya, mungkin kerana ia tidak bersesuaian dengan peringkat umur penonton Power Rangers (PR). Oleh sebab itu, jarang kita dapat lihat adegan yang benar-benar romantik dalam siri-siri seterusnya walaupun terdapat unsur-unsur percintaan yang diwujudkan dalam siri-siri tersebut.

Tommy dan Kimberly

Namun begitu, dalam siri Power Rangers RPM (RPM), adegan romantik ini hampir diwujudkan semula, namun masih tidak mampu menandingi adegan Tommy dan Kimberly dalam MMPR. Walaubagaimanapun ini sudah cukup untuk menarik perhatian peminat. Dalam RPM, kita dapat melihat kisah cinta yang terjalin antara Dillon dan Summer. Bagi saya, kisah mereka ini amat menarik dan mereka nampak sepadan. Oleh sebab itu, saya telah menghasilkan gambar di bawah dengan menggunakan action figures PR saya. Romantik kan? hehehe...

Dillon dan Summer
.

Wednesday, January 5, 2011

Perkahwinan Alien Jahat dan Power Ranger

Kejadian ini benar-benar terjadi di dunia sebenar. Walaupun berita ni dah lama, tetapi saya mahu berkongsi bagi pembaca yang masih tidak mengetahui tentang hal ini. Jika anda semua pernah menonton Power Rangers Lost Galaxy (PRLG), anda mesti ingat alien wanita jahat yang bernama Trakeena. Bagi saya Trakeena amat sukar dilupakan kerana kostumnya yang menyeramkan dan juga kekejamannya.

Setelah penat berlawan dengan Power Rangers (PR), akhirnya beliau telah jatuh hati pula pada salah seorang daripada mereka..hehe. Jejaka bertuah yang dimaksudkan itu ialah Damon ataupun PRLG hijau. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

.