Friday, December 31, 2010

Helmet Power Rangers

Setiap siri Power Rangers (PR) yang kita tonton, kita akan dihidangkan dengan kostum dan tema yang berbeza-beza, kecuali bagi siri Mighty Morphin Power Rangers (MMPR) dimana kostum yang sama telah digunakan selama 3 musim berturut-turut. Kelainan tema yang disajikan bagi setiap musim ini telah menyebabkan penonton tidak bosan untuk menonton PR dan ini telah menjadikannya sebagai salah satu rancangan hiburan yang paling lama bertahan dalam industri, walaupun perjalanan siri PR ini bagi terus bernafas agak berliku-liku.

Perkara yang ingin saya kongsikan di sini ialah berkaitan dengan helmet PR bagi setiap siri. Helmet mereka ini mempunyai rekabentuk yang berlainan bergantung kepada tema pada musim itu dan ini menjadi salah satu faktor yang dapat menarik perhatian penonton. Dalam banyak-banyak siri PR, saya agak meminati beberapa rekabentuk helmet antaranya helmet MMPR, PR Ninja Storm, PR SPD dan PR RPM (walaupun ramai orang mengatakan bahawa helmet RPM tidak cantik).

Helmet MMPR

Helmet PR Ninja Storm

Helmet PR SPD

Helmet PR RPM

Selain itu pula, saya merasakan helmet PR Time Force pula merupakan helmet yang paling unik di mana visor pada helmet mereka tidak berwarna hitam seperti dalam siri-siri yang lain. Warna visor bagi setiap rangers adalah sama dengan warna rangers tersebut.

Helmet PR Time Force - visor berwarna-warni

Visor helmet yang paling saya tidak minati ialah visor PR LightSpeed Rescue (PRLSR). Ini kerana bentuknya amat pelik dan tidak menarik. Visor mereka amat besar, hampir menyamai ketinggian dan kelebaran helmet tersebut dan berbentuk seperti perisai.

Helmet PR Lightspeed Rescue - bentuk visor yang pelik

Oleh kerana tidak meminati bentuk visor mereka, saya tidak berminat menonton siri ini semasa kecil kerana beranggapan ianya tidak bergaya dan jalan cerita siri ini pasti membosankan. Namun saya akui saya silap. Ini kerana setelah saya meningkat dewasa, saya telah memujuk diri saya sendiri untuk menonton PRLSR dan ternyata ia bukanlah siri yang terlalu membosankan. Bagi saya, PRLSR merupakan antara siri PR yang mempunyai episod terakhir yang hebat. Memang betul apa yang dikatakan sebagai..."Don't judge a book by its cover".
.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.