Monday, August 9, 2010

'Get in Gear' telah tiba

Seperti anda sedia maklum, Power Rangers RPM (RPM) sudah pun mula ditayangkan sejak beberapa minggu yang lalu di Malaysia. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk ditayangkan selepas tamatnya Power Rangers Jungle Fury. Saya amat tertunggu-tunggu untuk TV2 menayangkan siri ini walaupun saya sudah selesai menonton kesemua episodnya di internet kerana saya mahu para peminat Power Rangers (PR) di Malaysia dapat menonton antara siri PR yang paling hebat pernah dihasilkan ini.

Di sini saya cuma ingin mengulas tentang episod-episod awal yang telah pun ditayangkan di TV. Saya tidak akan menceritakan keseluruhan jalan ceritanya bagi tidak menghilangkan keghairahan peminat yang masih belum menonton. Kisah RPM ini boleh dikatakan ala-ala filem Terminator. Bumi telah diserang oleh virus komputer, Venjix yang menyebabkan hampir keseluruhan bumi ditakhluk oleh robot-robot. Manusia yang selamat berlindung di sebuah bandar yang satu-satunya dilengkapi dengan perisai yang dapat melindung mereka daripada diserang oleh bala tentera Venjix. Begitulah serba sedikit asas bagi siri kali ini.

Venjix : virus komputer yang mengancam dunia

Walaupun baru memasuki episod-episod awal, namun RPM telah menampakkan kelainan dan kehebatan berbanding dengan siri-siri sebelum ni. Suasana perang antara manusia dan robot telah disampaikan dengan baik sekali. Saya juga rasakan RPM menampakkan sedikit ciri-ciri 'dewasa', bukan lagi hanya untuk kanak-kanak sahaja(walaupun ia dibuat untuk kanak-kanak). Para pelakon kali ni juga agak bagus terutamanya pelakon yang memegang watak Ziggy(Ranger Hijau) yang sangat kelakar dan Dillon(Hitam) yang 'cool' dan hebat..manakala 3 rangers yang lain(Scott, Flyn & Summer) kurang diberi penekanan pada episod terawal ini jadi saya tidak dapat memberi komen.

Barisan rangers (dari kiri) : Dillon, Flyn, Ziggy, Summer & Scott

Semasa mula menonton RPM, terdapat perkara yang memberi kejutan kepada saya. Saya tidak menjangkakan bahawa Dillon bakal menjadi ranger sebelum Ziggy (walaupun Dillon memegang nombor 5 dan Ziggy pula 4) kerana perkara ini berbeza dengan Go-onger(RPM versi Jepun) yang mana ranger hijau dan hitam mula menjadi ranger bersama-sama. Mungkin ini kelainan yg cuba dibuat oleh pihak produksi RPM supaya jalan cerita tidak sama dengan Go-Onger.

Saya juga amat memuji pihak produksi RPM kerana dapat mengubah jalan cerita Go-Onger kepada cerita yang benar-benar berbeza dan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Antaranya mereka telah menukarkan jalan cerita Go-Onger yang terlalu kebudak-budakan kepada suatu yang lebih serius dan 'gelap'. Selain itu, kelainan yang ketara ialah zords dalam RPM tidak boleh bercakap dan tidak hidup seperti dalam Go-Onger. Pihak produksi RPM juga pandai mencipta alasan bagi setiap perkara yang nampak seperti normal dalam Go-Onger tetapi nampak pelik dalam RPM. Antaranya : Kenapa zords RPM nampak comel dan seperti permainan kanak-kanak? Ini mungkin kerana pencipta zords ini, Dr K masih muda seperti budak-budak dan ini mempengaruhi rekabentuk setiap hasil ciptaannya.

Dr. K : pencipta teknologi Ranger

Antara kelainan yang terdapat dalam RPM ialah babak morph yang berbeza dimana saya berpendapat ianya lebih bergaya berbanding babak morph Go-Onger. Begitu juga perbezaan semasa mereka memanggil zords mereka. Bagi saya, antara daya penarik RPM yang paling kuat adalah kewujudakan robot gadis cantik bernama Tenaya 7.

Babak morph yang menarik

Tenaya 7 : musuh yang 'hot'

Saya berharap bagi seseiapa yang meminati atau tidak berapa minat dengan PR agar menonton siri ini kerana ia pasti akan menghiburkan anda jika dihayati dengan sepenuhnya.
.
.

Friday, August 6, 2010

Kenapa saya suka PR Ninja Storm

Walaupun ramai peminat Power Rangers(PR) tidak berapa sukakan siri PR Ninja Storm, tetapi bagi saya Ninja Storm merupakan antara siri yang paling saya minati. Berikut merupakan beberapa sebab kenapa saya amat meminatinya :

Barisan pelakon yang menarik dan ceria selalu


Jalan cerita tidak serius malahan kelakar. Gelagat Lothor dan kuncu-kuncunya pun sangat menggelikan hati walaupun mereka sebenarnya alien jahat.


Helmet mereka unik dimana bahagian muka boleh dibuka, menyebabkan para Rangers tidak perlu menanggalkan helmet sepenuhnya.