Tuesday, July 13, 2010

Power Rangers Jungle Fury Tamat

Seperti yang sesetengah daripada anda sedia maklum, Power Rangers Jungle Fury (PRJF) telah mula disiarkan di saluran TV2 Malaysia pada jam 10 pagi, setiap hari Ahad beberapa bulan yang lalu. PRJF telah pun sampai ke penghujungnya beberapa minggu yang lalu. Ia berakhir dengan Rangers berjaya menewaskan Dai'shi dengan bantuan daripada Jarrod dan Camile. Kemudian mereka masing-masing membawa hala tuju sendiri. Penamat yang agak bagus.

Bagi saya, PRJF merupakan musim yang unik dimana kita dapat saksikan pertama kali spek mata digunakan sebagai morpher dan juga kemunculan sulung Ranger berwarna violet. Mereka juga menjadikan kedai pizza sebagai pangkalan mereka. Jika anda perasan dalam kebanyakan siri Power Rangers yang lalu, di penghujung cerita kebiasaannya musuh-musuh akan memusnahkan pangkalan Power Rangers, tetapi dalam PRJF perkara sebaliknya pula berlaku. Mereka pula yang pergi memusnahkan istana Dai'shi.

5 rangers utama dalam PRJF

Tamatlah sudah PRJF. Selepas ini diharapkan pihak TV2 akan menyiarkan pula siri seterusnya iaitu Power Rangers RPM (RPM). Bagi saya yang telah pun menonton siri ini, RPM sememangnya lebih hebat berbanding dengan siri-siri Power Rangers sebelum ini. Ia mempunyai jalan cerita yang amat menarik dan dibarisi oleh para pelakon yang mantap. Sama-samalah kita menantikan kemunculannya.

Power Rangers RPM - siri terbaru

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.