Thursday, December 30, 2010

Samurai Bertukar!!

"Its morphin time!!" Perkataan ini selalu kita dengar apabila 6 orang remaja dari siri Mighty Morphin Power Rangers (MMPR) hendak bertukar daripada bentuk manusia ke bentuk ranger. Dalam siri baru yang bakal ditayangkan ini pula iaitu Power Rangers Samurai (PRS), mereka melaungkan "Go Go Samurai!!" sebelum bertukar. Sesetengah pihak berpendapat ia berbunyi seperi kartun Insector Gadget, tetapi bagi saya perkataan tersebut OK dan sesuai untuk digunakan. Mungkin Saban ingin gunakan perkara-perkara yang pernah mereka buat sebelum ini dalam siri-siri Power Rangers (PR) yang mereka hasilkan; contoh dalam hal ini Saban mengambil semula perkataan "Go Go Power Rangers" yang terdapat dalam lagu tema, kemudian diubah sedikit. Ini bagi memperlihatkan bahawa PRS ini merupakan hasil kerja pihak mereka.

Berikut merupakan sedikit sedutan PRS yang mana di dalamnya ada menunjukkan para Rangers bertukar dan berlawan:



Saya berpendapat sedutan ini amat hebat, terutamanya bagi Saban yang baru sahaja mengambil alih siri ini setelah tidak menghasilkannya sejak sekian lama. Saya amat suka adegan morph kerana ia lebih hebat berbanding dengan adegan morph Shinkenger.

Namun begitu, banyak maklumbalas yang telah saya baca mengenai PRS daripada orang ramai yang telah menonton sedutan di atas. Ramai yang memuji, dan ramai juga yang lantang mengkritik. Antara kritikan-kritikan mereka ini antaranya adalah; "Kenapa mereka gantikan mata pen kaligrafi yang berbentuk berus kepada mata pen marker?", "Kenapa pedang besar milik Red Samurai dipanggil Fire Smasher kerana nama tersebut tidak menarik?", "Kenapa mereka perlu pakai topeng pelik tu dahulu sebelum pakai helmet?"..kenapa..kenapa..kenapa dan kenapa. Begitu banyak kritikan walaupun baru saja menonton sedikit sahaja sedutan daripada siri PRS ini.

Bagi saya, janganlah kita menilai terlalu awal sedangkan kita baru sahaja melihat sedutan yang cuma beberapa minat sahaja. Kritiklah setelah ia selesai ditayangkan. Peminat PR sepatutnya berterima kasih kepada Saban dan bukannya tidak berhenti-henti mengkritik hasil kerja mereka kerana merekalah yang membuatkan PR masih bernafas. Jika tidak mungkin siri ini akan terkubur begitu sahaja.

Sebagai penutup ingin saya laungkan, RANGERS TOGETHER!! SAMURAI FOREVER!!!
.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.