Dalam sesetengah siri Power Rangers (PR), terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap siri Super Sentai (SS) yang asal di mana salah seorang watak Ranger lelaki dalam SS telah digantikan dengan watak Ranger wanita. Kesemua watak Ranger yang ditukar jantina ini adalah untuk
Ranger kuning. Ini telah dibuat sejak zaman Mighty Morphin Power Rangers (MMPR) lagi.
Pada pendapat saya, sewaktu MMPR mula untuk dipasarkan, pihak produksi cuba untuk menambahkan bilangan wanita dalam kumpulan Rangers supaya ia dapat menarik lebih banyak penonton di samping mewujudkan seorang rakan karib kepada watak wanita
Ranger merah jambu. Namun dalam siri Zyuranger (siri asal bagi MMPR yang dihasilkan oleh produksi Jepun), hanya terdapat seorang sahaja ahli wanita iaitu
Ranger merah jambu, manakala Rangers yang lain adalah lelaki. Oleh itu, pihak produksi MMPR telah mengambil langkah yang agak drastik di mana mereka menukarkan
Ranger kuning (lelaki) dalam Zyuranger menjadi
Ranger kuning (wanita) dalam MMPR. Oleh sebab itu, maka wujudlah watak Trini Kwan sebagai
Ranger kuning dalam MMPR.
Saya teringat waktu saya menyaksikan MMPR sewaktu kecil dahulu, saya tertanya-tanya kenapa
Ranger kuning mempunyai badan yang tegap seperti lelaki dan tidak mempunyai skirt seperti
Ranger merah jambu. Rupa-rupanya inilah jawapan kepada pertanyaan tersebut. Antara langkah yang dilaksanakan oleh pihak produksi PR untuk menutup sedikit perbezaan ini supaya tidak terlalu ketara adalah dengan menjadikan wanita yang memegang watak
Ranger kuning ini seorang yang kuat atau lasak seperti lelaki.
Pertukaran ini tidak berhenti setakat ini sahaja. Ia juga turut dilaksanakan dalam siri-siri seterusnya seperti Power Rangers Lost Galaxy, Power Rangers Light Speed Rescue, Power Rangers Time Force dan kali terkhir dalam Power Rangers Wild Force. Samada ia akan berlaku lagi dalam siri-siri yang akan datang, sama-samalah kita tunggu.
PR wanita <--> SS lelaki.
.