
Walaupun baru memasuki episod-episod awal, namun RPM telah menampakkan kelainan dan kehebatan berbanding dengan siri-siri sebelum ni. Suasana perang antara manusia dan robot telah disampaikan dengan baik sekali. Saya juga rasakan RPM menampakkan sedikit ciri-ciri 'dewasa', bukan lagi hanya untuk kanak-kanak sahaja(walaupun ia dibuat untuk kanak-kanak). Para pelakon kali ni juga agak bagus terutamanya pelakon yang memegang watak Ziggy(Ranger Hijau) yang sangat kelakar dan Dillon(Hitam) yang 'cool' dan hebat..manakala 3 rangers yang lain(Scott, Flyn & Summer) kurang diberi penekanan pada episod terawal ini jadi saya tidak dapat memberi komen.
Semasa mula menonton RPM, terdapat perkara yang memberi kejutan kepada saya. Saya tidak menjangkakan bahawa Dillon bakal menjadi ranger sebelum Ziggy (walaupun Dillon memegang nombor 5 dan Ziggy pula 4) kerana perkara ini berbeza dengan Go-onger(RPM versi Jepun) yang mana ranger hijau dan hitam mula menjadi ranger bersama-sama. Mungkin ini kelainan yg cuba dibuat oleh pihak produksi RPM supaya jalan cerita tidak sama dengan Go-Onger.
Saya juga amat memuji pihak produksi RPM kerana dapat mengubah jalan cerita Go-Onger kepada cerita yang benar-benar berbeza dan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Antaranya mereka telah menukarkan jalan cerita Go-Onger yang terlalu kebudak-budakan kepada suatu yang lebih serius dan 'gelap'. Selain itu, kelainan yang ketara ialah zords dalam RPM tidak boleh bercakap dan tidak hidup seperti dalam Go-Onger. Pihak produksi RPM juga pandai mencipta alasan bagi setiap perkara yang nampak seperti normal dalam Go-Onger tetapi nampak pelik dalam RPM. Antaranya : Kenapa zords RPM nampak comel dan seperti permainan kanak-kanak? Ini mungkin kerana pencipta zords ini, Dr K masih muda seperti budak-budak dan ini mempengaruhi rekabentuk setiap hasil ciptaannya.
Antara kelainan yang terdapat dalam RPM ialah babak morph yang berbeza dimana saya berpendapat ianya lebih bergaya berbanding babak morph Go-Onger. Begitu juga perbezaan semasa mereka memanggil zords mereka. Bagi saya, antara daya penarik RPM yang paling kuat adalah kewujudakan robot gadis cantik bernama Tenaya 7.
Saya berharap bagi seseiapa yang meminati atau tidak berapa minat dengan PR agar menonton siri ini kerana ia pasti akan menghiburkan anda jika dihayati dengan sepenuhnya.
.
.